Program Libat Urus Bersama Japen & Komuniti Madani – Sesi Ketiga
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2025 – Sabtu, bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi, Program libat urus bersama JAPEN dan Komuniti MADANI bagi kelas ketiga untuk sesi Mac 2025 sekali lagi telah merancakkan aktiviti bulanan yang diadakan secara berkala di premis NADI Sebandi Ulu. Pelbagai pengisian telah diatur bagi memastikan para peserta mendapat input yang bermanfaat dan padat dengan kandungan ilmiah. Pada sesi kelas yang berdurasi satu jam ini, kandungan pembelajaran seperti menjelajah portal Jaringan Komuniti MADANI diperkenalkan sebagai wadah baharu menyerupai Facebook sebagai media alternatif. Selain itu para peserta juga diberi taklimat mengenai dunia digitalisasi dan perkhidmatan berkaitan yang disediakan oleh NADI Sebandi Ulu. Bagi kelas kali ini, banyak muka baharu yang turut serta dalam program libat urus bersama Komuniti MADANI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Taklimat daripada petugas NADI
• Taklimat ICT & Portal Jaringan Komuniti MADANI
• Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: